Bandingan Video

Contoh Video 1


Video ini merupakan video yang diambil oleh pengkaji semasa menjalankan latihan mengajar. Pengkaji telah menjalankan latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah. Sebagai makluman, latar belakang bagi pelajar-pelajar di sekolah ini ialah kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar yang berketurunan orang asli iaitu hampir 70%. Pelajar-pelajar di sekolah ini kurang pendedahan mengenai cara-cara yang betul bagi mengadakan sesebuah forum. Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan modul 3SMP bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai teknik yang betul bagi mengadakan sesebuah forum. Namun, setelah model 3SMP diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah ini, pelajar-pelajar menunjukkan sedikit perubahan dan peningkatan.



Contoh Video 2


Video ini pula merupakan video yang disunting daripada laman web. Berdasarkan video ini terdapat empat orang pelajar iaitu seorang pengerusi majlis dan tiga orang ahli panel. Video ini merupakan contoh video yang baik dan boleh dijadikan contoh kerana menepati model 3SMP yang diperkenalkan oleh pengkaji. Menurut model ini terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaskan komunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber dan penerima itu sendiri. 


No comments:

Post a Comment